Artikel

Celcom, Digi Bakal Bergabung Menjadi Satu Syarikat? – Laporan

Sekiranya bulan lalu Celcom dan Digi diperkatakan akan bergabung untuk tampil selaku syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia, Asia Tenggara – nyata perkara itu telah menjadi kenyataan pada laporan hari ini (8 April).

Berdasarkan laporan TheEdge, sumber menyatakan penggabungan akan mendatangkan faedah kewangan walaupun setiap pihak tidak akan memegang saham pengendali dalam entiti yang digabungkan.

Susulan penyataan ini dikhabarkan dagangan saham Axiata Group dan Digi telah ditangguhkan pagi ini sementara menunggu pengumuman rasmi dilakukan.

Setakat ini difahamkan Axiata akan memaklumkan kenyataan rasmi pada petang ini.

Untuk makluman sebelum ini Axiata dan Telenor, saling bersetuju untuk menamatkan penggabungan mega mereka dnegan menyatukan operasi kedua-dua syarikat gergasi telekomunikasi di Asia setelah kira-kira empat bulan rundingan pada tahun 2019.

Dijangka penggabungan ini memperlihatkan Telenor memiliki 56.5% dan Axiata memegang 43.5%. Ini secara tidak langsung turut menyasarkan pendapatan penggabungan adalah RM50 bilion dan keuntungan bersih RM4 bilion.

Bagaimanapun, makluman rasmi hanya akan diketahui setelah kedua pihak memberi maklum balas pada petang ini.