Evergrande, firma hartanah gergasi milik China yang sedang depani krisis hutang melampau lebihi AS$300 bilion – kini telah mula melakukan pembayaran faedah kepada pemegang bon luar pesisirnya dengan jumlah AS$83.5 juta.
Meskipun tindakan pembayaran tunggakan faedah tersebut hanya dapat dilaksanakan ketika ini, tetapi ia berupaya membantu imej Evergrande dari terus terkesan dengan kegagalan jangka pendek yang lebih tinggi.
Berdasarkan laporan AFP, pembayaran kupon tersebut telah disalurkan pada akaun pemegang amanah Citibank pada minggu ini. Langkah itu akan membolehkan pembayaran dilakukan kepada semua pemegang bon, sebelum 23 Oktober ini.
Untuk makluman, meskipun telah melaksanakan penjualan kepentingan sekitar AS$1.5 bilion – tetapi kemajuan perolehan dana syarikat yang berpangkalan di Shenzen ini masih perlahan.
Bagaimanapun, Beijing kekal menyatakan jangkaan positifnya bahawa krisis Evergrande mampu diatasi.