Kini terdapat jangkaan menyatakan harga ujian kendiri COVID-19 di pasaran kelak adalah di paras RM10 seunit.
Bagaimanapun spekulasi harga tersebut akan diumumkan dalam tempoh terdekat, tidak lama lagi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Matlamat kerajaan adalah untuk menawarkan harga berpatutan dan mampu milik kepada semua rakyat Malaysia.
Seperti yang umum ketahui, awal September lalu harga kit ujian kendiri COVID-19 negara telah ditetapkan pada paras RM19.90 untuk runcit, sementara harga borong pula adalah RM16.00.
Kini menerusi makluman harga baharu kelak ia berupaya membantu semua pihak dalam perolehi bekalan ujian kit kendiri tanpa sebarang pertikaian harga pembelian.
Untuk makluman, penetapan harga baharu ini telah mengambilkira pelbagai faktor bersama pemain industri dan pengeluar – untuk memastikan tiada percanggahan kesepakatan.
Makluman harga baharu akan diketahui pada November ini.