Artikel

Negara Miskin Berisiko Alami Ketandusan Bekalan – Berhubung Pil COVID-19 Merck

Ketika negara-negara Asia termasuklah Malaysia telah melakukan rundingan kontrak bagi perolehan pembekalan pakej pil Molnupriravir oleh Merck &  Co, ternyata situasi ini akan mewujudkan kembali persaingan agihan antara negara maju dan negara miskin.

Di mana negara maju mula memiliki tawaran bekalan – apabila AS telah menempah 1.7 juta pakej rawatan pilihan, dengan 3.5 juta pakej akan digunakan pada Januari 2023 pada pembelian AS$700 bagi setiap pakej iaitu bersamaan RM2,910.

Penjadualan agihan itu nyata akan memberi ketinggalan kepada negara berpendapatan sederhana dan miskin.

Maka perluasan lesen bagi pengeluaran pil ini, wajar dilaksanakan. Menurut Medicines Patent Pool (MPP), organisasi kesihatan awam di bawah sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kini memiliki 24 syarikat mendaftar, bersedia untuk mengeluarkan ubat sedemikian sekiranya Merck bersetuju untuk memperluaskan lesen.

Kekurangan bekalan tatkala permintaan tinggi, akan meningkatkan harga pasaran. Situasi itu perlu dihindari semua pihak.

Tidak hanya isu harga dan pengeluaran – namun proses membenarkan agihan bekalan juga memerlukan pengesahan daripada pihak berkuasa. Khususnya negara miskin, yang memerlukan persetujuan Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dijangka proses sedemikian memerlukan jangka masa yang lama.

Untuk makluman tahun ini, Merck telah memaklumkan rancangan penghasilan 10 juta pakej rawatan dan 20 juta pada tahun 2022.

Buat pengetahuan orang awam – perolehan pil ini tidak bermaksud negara sudah tidak memerlukan suntikan vaksin. Semua pihak perlu sedari, keperluan vaksin masih DIUTAMAKAN – ia kerana peranannya dalam mengurangkan jangkitan dan mencegah tubuh badan daripada menerima jangkitan yang lebih teruk.

Sementara pil Molnupiravir pula tidak berfungsi mencegah ia bermanfaat kepada pihak yang telah dijangkiti sahaja. Maka pentadbiran, memerlukan kedua-dua alternatif ini untuk melandaikan penularan COVID-19 di Malaysia.