Artikel

KKM Kini Tandatangani Pembelian 150,000 Pakej Pil Molnupiravir – Langkah Tangani COVID-19

Usaha perjanjian telah dilakukan pada surat akujanji pembelian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke atas 150,000 pakej ubat antiviral Molnupiravir bersama Merck Sharp & Dohme.

Langkah ini adalah antara alternatif negara menangani rawatan COVID-19, di mana sebagai tindakan awal kepada pesakit COVID-19 daripada dimasukkan ke hospital.

Ini juga dilihat sebagai persediaan buat negara untuk memenuhi matlamat – beralih ke fasa endemik dan mengamalkan norma baharu bersama era COVID-19.

Pada kenyataan yang sama turut berkongsikan tinjauan yang dilaksanaka oleh Merck Sharp & Dohme mendapati Molnupiravir menurunkan kadar kemasukan ke wad sebanyak 50% selain turut berkesan ke atas varian-varian virus Covid-19 yang lebih ganas seperti Gamma, Delta dan Mu.

Namun orang awam diminta untuk tidak keliru, ini kerana perolehan pil ini tidak bermaksud negara sudah tidak memerlukan suntikan vaksin. Semua pihak perlu sedari, keperluan vaksin masih diutamakan – ia kerana peranannya dalam mengurangkan jangkitan dan mencegah tubuh badan daripada menerima jangkitan yang lebih teruk.

Sementara pil Molnupiravir pula tidak berfungsi mencegah ia bermanfaat kepada pihak yang telah dijangkiti sahaja. Maka pentadbiran, memerlukan kedua-dua laternatif ini untuk melandaikan penularan COVID-19.

Selain Malaysia, beberapa negaras Asia lain turut mencapai persetujuan perolehan pil antaranya adalah Korea Selatan, Filipina, Singapura dan Taiwan,