Artikel

Kajian Usul Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi KL-Iskandar Puteri – Kini Sedia Dikemukakan Kepada Kabinet

Tahun lalu, Malaysia bersama Singapura pernah membentuk perancangan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) – namun bagaimanapun ia dibatalkan, susulan menjejaskan ekonomi dan meningkatkan bebanan kewangan negara.

Akan tetapi, inisiatif tersebut tidak terhenti disitu – apabila Malaysia kini mula meninjau pembinaan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) domestik Kuala Lumpur-Iskandar Puteri.

Di mana kajian cadangan projek tersebut telahpun siap dan bersedia diserahkan kepada Kabinet.

Menurut Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri (Ekonomi) di Jabatan Perdana Menteri – selain alternatif pembinaan HSR pada laluan domestik, negara juga memiliki cadangan pembinaan projek HSR pada laluan menuju utara iaitu ke Bangkok, Thailand.

Bagaimanapun kajian cadangan HSR KL-Bangkok itu masih diperingkat awal.