Susulan tiada persetujuan dilakukan pada perubahan Perjanjian Dua Hala Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia-Singapura – ia telah dibatalkan secara automatik, seiring tarikh luput yang berkuat kuasa pada 31 Disember 2020 lalu.
Pelaksanaan perjanjian dua hala bagi projek HSR itu dilihat menjejaskan ekonomi serta meningkatkan bebanan kewangan negara.
Menurut Datuk Seri Mustapa Mohamed, ditambahkan lagi keadaan penularan pandemik telah merencatkan pembangunan tersebut.
Sejak tahun 2018 lagi, kerajaan telah mula mencari pelbagai kaedah bagi menurunkan tanggungan kos.
Setakat ini, tumpuan perbelanjaan negara perlu terarah kepada krisis COVID-19.
Bagaimanapun, pihak kerajaan turut disarankan mempertimbangkan pembangunan tersebut setelah keadaan ekonomi negara kembali pulih.