Artikel

Malaysia Airlines Tidak Berdepan Isu Kekurangan Petugas – Kini Miliki Sekitar 11,000 Pekerja

Syarikat penerbangan negara, antara segmen yang mengalami kerugian tertinggi sejak kemunculan pandemik COVID-19 pada Mac tahun lalu. Meskipun berdepan akan risiko yang tinggi, Malaysia Airlines memaklumkan ia tidak mengugatkan kapasiti petugas mereka untuk kembali berkhidmat kepada orang awam.

Setakat ini, Malaysia Airlines memiliki sekitar 11,000 petugas – merangkumi 1,049 juruterbang bersama 2,034 kru kabin.

Berdasarkan laporan, Lau Yin May Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan dan Pengalaman Pelanggan Malaysia Airlines menyatakan prinsip entiti untuk mengekalkan kedudukan pekerja adalah mengambilkira proses pemulihan yang akan berlaku.

Di mana, apabila sesi perjalanan udara dibenarkan semula – ia memerlukan khidmat pekerja yang berkemahiran. Sukar untuk Malaysia Airlines melatih petugas baharu dikala memenuhi permintaan pengguna semasa. Maka prinsip pengekalan pekerja, menjadi asas kepada kualiti Malaysia Airlines ketika ini.

Untuk makluman pada April 2020, Malaysia Airlines telah menawarkan cuti tanpa gaji secara sukarela kepada 13,000 petugas mereka. Ia merangkumi pilihan 3 bulan cuti tanpa gaji dan 5 hari cuti tanpa gaji bagi tempoh sebulan.

Tidak hanya itu, bahagaian pengurusan kanan Malaysia Airlines turut mengalami potongan 10% gaji mereka – tindakan tersebut untuk mengimbangi kos operasi pada peringkat awal.

Walaupun ia adalah tindakan yang sukar, namun ia berbaloi akan penantian semua petugas udara.