Artikel

Malaysia Airlines Tawar Cuti Tanpa Gaji Kepada Pekerjanya

Menurut laporan The Edge, Malaysia Aviation Group (MAG) telah memberi pilihan kepada 13,000 para pekerjanya untuk mengambil cuti tanpa gaji secara sukarela.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Izham Ismail mengumumkan bahawa pihak pengurusan kanan akan mengambil potongan gaji sebanyak 10% dan menunaikan elaun untuk mengurangkan kos operasi.

Pilihan ini meliputi 3 bulan cuti tanpa gaji dan 5 hari cuti tanpa gaji bagi sebulan dalam tempoh 3 bulan tersebut. Tawaran ni akan berkuat kuasa bermula April, bulan hadapan.

Setakat ini, Malaysia Airlines telah menghentikan seketika perjalanan 1,600 penerbangan bagi membendung penularan Covid-19. 

Ini secara tidak langsung telah memberi kesan kepada ekonomi pelancongan negara.

Selain itu, inisiatif yang sama turut dilaksanakan oleh syarikat penerbangan lain seperti British Airways, Singapore Airlines, dan Cathay Pacific.