Seperti yang dijanjikan oleh pentadbiran negara, pada sidang khas hari ini (10 Oktober) Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri kini memaklumkan perjalanan rentas negeri dibenarkan, mula berkuat kuasa pada 11 Oktober.
Keputusan secara bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini didasari pada paras 90% vaksinasi lengkap seperti yang telah ditetapkan kerajaan pada 22 September lalu.
Untuk makluman, kadar tersebut pada hari ini telah mencapai 90%.
Bagaimanapun, kebenaran perjalanan ini harus mengekalkan amalan SOP seperti sedia kala bagi kemasukan mana-mana premis. Di mana, bagi Individu yang telah melengkapkan vaksinasi boleh memaparkan sijil digital vaksin, sementara pihak yang memiliki masalah kesihatan perlu memaparkan bukti sokongan kesihatan.
Manakala, individu yang masih tidak menerima vaksin COVID-19, pula ditegaskan untuk mematuhi arahan penguatkuasa, dan memahami peraturan yang ditetapkan, pemeriksaan secara rawak akan dilakukan oleh pihak PDRM.
Selain itu, untuk makluman kawasan PKPD tidak termasuk dalam kebenaran ini. Maka orang awam perlu jelas akan perkara ini, agar tidak keliru akan pengaturan perjalanan kelak.
Kini segala tanggungjawab adalah bergantung kepada tingkahlaku orang awam untuk mendepani dan mengatasi penularan COVID-19.
Peringatan untuk orang awam – meskipun anda telah menerima suntikan vaksin, namun bagi penerima vaksin jenis Pfizer, Astrazeneca dan Sinovac hanya boleh hadir ke premis atau rentas daerah, negeri adalah selepas 14 hari dari tarikh suntikan dos kedua, manakala penerima vaksin jenis Johnson & Johnson dan Cansino pula adalah selepas hari ke-28. Setelah melepasi syarat ini, orang awam yang layak dibenarkan untuk melakukan pergerakan ke mana-mana premis perniagaan berkaitan.
#ReopeningSafely pic.twitter.com/01T1wgFr3g
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) October 10, 2021