Artikel

Individu Yang Tidak Ambil Vaksin, Masih Dibenarkan Merentas Negeri Kelak – Namun Perlu Patuhi SOP

Dalam situasi semua pihak menanti makluman kebenaran perjalanan rentas negeri, kini terdapat info baharu menyatakan individu yang tidak mengambil vaksin – turut dibenarkan merentas negeri.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, tidak ada cara untuk pihak autoriti menyekat perjalanan individu yang tidak divaksin. Namun kebenaran itu bagaimanapun harus diikuti dengan pematuhan SOP yang tegas, yang telah ditetapkan pihak berkuasa. Ini merangkumi tindakan, tiada kebenaran pada kemasukan mana-mana restoran atau premis dan kawasan lain.

Sekiranya tindakan tersebut gagal dipatuhi kelak, pengenaan undang-undang akan dilakukan. Di mana pihak berkuasa akan melakukan pemantauan dengan berkunjung ke premis tertentu untuk melakukan pemeriksaan sijil vaksinasi secara berkala.

Di harap semua masyarakat, bersedia untuk mengemukakan sijil vaksinasi yang telah diberi pada aplikasi MySejahtera sebagai bukti sokongan.

Pada masa yang sama, kerajaan juga tidak akan mewajibkan ujian saringan kepada pihak yang akan melaksanakan aktiviti rentas negeri. Arahan sedemikian mengambil maklum – sukar untuk pemeriksaan dilaksanakan oleh pihak berkuasa ketika di sekatan jalan raya (SJR).

Sekiranya terdapat pihak yang tidak divaksin – situasi itu akan menyukarkan proses perjalanan rentas negeri.

Maka tanggungjawab itu adalah bergantung kepada setiap individu untuk menjalani ujian saringan demi kesejahteraan bersama.

Peringatan untuk orang awam – meskipun anda telah menerima suntikan vaksin, namun bagi penerima vaksin jenis Pfizer, Astrazeneca dan Sinovac hanya boleh hadir ke premis atau rentas daerah, negeri adalah selepas 14 hari dari tarikh suntikan dos kedua, manakala penerima vaksin jenis Johnson & Johnson dan Cansino pula adalah selepas hari ke-28. Setelah melepasi syarat ini, orang awam yang layak dibenarkan untuk melakukan pergerakan ke mana-mana premis perniagaan berkaitan.