Artikel

Paras Harga Baharu Kit Ujian Kendiri COVID-19 – Akan Dikeluarkan Pada November Kelak

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan satu paras harga baharu kit ujian pantas antigen akan dikeluarkan kerajaan, menjelang November kelak.

Tindakan penetapan harga baharu itu akan mengambilkir pelabagai faktor dan dimuktamadkan pada tempoh yang ditetapkan.

Pentadbiran negara ketika ini, sedia maklum akan agihan sekitar 6 juta kit ujian yang telah dipasarkan pada pasaran negara.

Seperti yang umum sedari, September lalu kerajaan telah menyatakan penurunan harga akan dilakukan sebelum Disember tahun ini, penetapan kadar tersebut dijangka akan lebih rendah berbanding harga semasa.