Artikel

Kerajaan Teliti Penurunan Harga Kit Ujian Kendiri COVID-19, Sebelum Disember Ini – KPDNHEP

Harga ujian kendiri COVID-19 kini sedang diteliti untuk alami penurunan kawalan baharu dan dijangka penetapan harga baharu dapat dilakukan lebih awal sebelum Disember ini.

Menurut Datuk Rosol Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) rundingan tersebut sedang dilaksanakan pihak berkuasa pada pasaran negara. Penetapan kadar ini dijangka akan lebih rendah berbanding harga semasa.

Malah rundingan ini juga akan mengambil-kira pendekatan berdasarkan kepentingan perniagaan dan perolehan industri. Pihak KPDNHEP melihat penggunaan kit ujian kendiri akan menjadi rutin amalan orang awam dari semasa ke semasa, susulan situasi semasa.

Setakat ini, pemeriksaan ke atas 3,106 premis memaparkan kesemua premis menetapkan harga di bawah kawalan dan pada tetapan kerajaan. Untuk makluman, bekalan kit kekal mencukupi dengan agihan lebih 6 juta bekalan di pasaran ketika ini.

Bagi perincian harga lebih rendah tersebut, akan di maklumkan dari semasa ke semasa.