Farm Fresh Bhd, syarikat pengeluar tenusu negara telah menyatakan hasrat sejak akhir 2019 untuk penyenaraian pada Bursa Malaysia. Kini tindakan itu bakal direalisasikan.
Untuk makluman, syarikat di bawah Khazanah Nasional ini telah menfailkan draf prospektus bagi tawaran awam permulaaan (IPO) di papan pelaburan Bursa Malaysia.
Berdasarkan draf yang dimuatkan pada portal SC – Suruhanjaya Sekuriti memaparkan cadangan IPO tersebut akan membabitkan penjualan 743.18 juta saham biasa, meliputi 22.95 juta saham baharu, sementara 520.23 juta pula adalah saham yang telah tersedia.
Melalui penjualan saham itu, 687.44 juta saham adalah melibatkan tawaran institusi kepada pelabur terpilih antarabangsa dan tempatan. Ini termasuklah pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI. Manakala baki saham lain akan ditawarkan kepada pelabur runcit.
Pada penjelasan draf turut menunjukkan sekitar 79.7% hasil kasar perniagaan akan diterapkan pada pembiayaan modal untuk tujuan pelaburan dalam tempoh 2 tahun. Sementara 46.5% lagi akan disalurkan pada perkembangan operasi di Malaysia.
Ia termasuklah membangunkan hab pengeluaran dan kemudahan ladang tenusu di pasaran tempatan.
Buat pengetahuan umum, selain Khazanah yang memiliki 30% kepentingan pada syarikat ini – Kementerian Kewangan (MoF) juga antara pemegang utama pada syarikat.