Artikel

Pinjaman Dijangka Terus Meningkat, Sementara Tiada Pengenalan Cukai Baharu Pada Bajet 2022 – MIDF

Sudah pasti tumpuan pada bulan ini, akan terarah kepada pembentangan Bajet 2022 – yang dijadualkan berlaku pada 29 Oktober kelak.

Melalui pengamatan penyelidikan ekonomi MIDF Research, pada pembentangan kali ini dijngka tiada sebarang pengenalan cukai baharu akan diterapkan kerajaan. Namun pertimbangan meningkatkan pinjaman akan berlaku, susulan imbangan yang harus dilaksanakan kerajaan untuk membiayai defisit fiskal Malaysia yang semakin tinggi.

Iaitu disasarkan meningkat kepada 6.5% hingga 7% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2021.

Berdasarkan laporan, bagi peruntukan pengurusan fiskal – pentadbiran negara dijangka terus mengekalkan komitmen, di mana seiring dengan matlamat kerajaan pada pertimbangan Akta Tanggungjawab Fiskal untuk tindakan mendisplinkan fiskal serta meningkatkan hasil dan pengurusan hutang negara.

Selain itu, tumpuan lain yang turut disentuh adalah bantuan dana kepada B40. Ia dilihat antara sebahagian agenda paras garis kemiskinan (PGK) yang pernah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri sbeelum ini.