Artikel

Seluruh Universiti Awam Malaysia, Perlu Patuhi Arahan Pengurangan Yuran Pengajian 20% – KPT

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebelum ini, memaklumkan bahawa pengurangan yuran 20% akan diberikan kepada semua pelajar Universiti Awam (UA) bagi semester 1 sesi 2021/2022. 

Langkah itu untuk membantu meringankan bebanan para pelajar yang ketika ini berdepan kesukaran aliran tunai.

Maka, seluruh UA di Malaysia perlu mematuhi penetapan arahan ini. Untuk makluman, ketika ini terdapat laporan memaklumkan kenaikan yuran di UA tertentu telah berlaku menyebabkan KPT tampil menegaskan tindakan sedemikian tidak wajar dihadapi oleh pelajar yang telah diberi pengurangan yuran.

Menurut KPT, usaha pengurangan yuran ini adalah inisiatif seiring di bawah tagar KPT Prihatin, oleh itu sekiranya ia gagal dipenuhi pengurusan UA ini akan membantut matlamat KPT dalam membantu para pelajar.

Selain itu, untuk pendedahan awam – kemasukan pelajar IPT akan mula dilaksanakan secara berperingkat mulai 15 Oktober ini.

Di mana terdapat 4 garis panduan pergerakan telah dikongsikan kepada pengurusan dan pelajar – untuk mematuhi arahan SOP yang telah dicapai pihak KPT.