Artikel

Kemasukan Pelajar Ke IPT Akan Dilakukan Secara Berperingkat – Mulai 15 Oktober

Seperti yang umum ketahui, awal September lalu Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memaklumkan kemasukan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) akan dilakukan secara berperingkat, bermula 15 Oktober ini.

Berdasarkan kenyataan Menteri KPT Datuk Seri Noraini Ahmad , kriteria kemasukan merangkumi melengkapkan suntikan dos vaksinasi. Tidak hanya pelajar, petugas akademik dan petugas bukan-akademik juga turut perlu melepasi syarat sedemikian.

Ini bermakna, sekiranya pelajar yang terlibat tidak melengkapkan vaksinasi, mereka perlu tampil dengan pembuktian diri kepada IPT masing-masing.

Memahami persoalan berhubung kesukaran perjalanan pelajar ke kemasukan kampus, pihak kementerian telah menyertakan aturan kaedah pergerakan untuk panduan pelajar terlibat;

Pergerakan para pelajar ke semenanjung akan menerima surat kebenaran kembali ke kampus oleh IPT masing-masing. Sementara perjalanan para pelajar ke Sabah, Sarawak dan Labuan akan menerima surat kebenaran kampus IPT, surat kebenaran rentas daerah, negeri PDRM dan perlu menjalani kuarantin serta ujian saringan RT-PCR, tertakluk kepada kuatkuasa negeri.

Pada sidang yang sama – KPT turut memaklumkan potongan yuran sebanyak 20% akan diberikan kepada semua pelajar Universiti Awam (UA) bagi semester 1 sesi 2021/2022. Tindakan itu untuk membantu, meringankan bebanan para pelajar.

Berdasarkan penerapan diskaun tersebut – ia berupaya memanfaatkan sekitar 555,340 pelajar UA.

Seterusnya, melalui makluman ini – bagi para pelajar yang memiliki sebarang permasalahan, diminta menghubungi IPT masing-masing untuk mengetahui tindakan lanjutan.