Artikel

Syed Mokhtar Perolehi Kelulusan – Jadikan MMC Syarikat Persendirian

Sebelum ini, Tan Sri Syed Mokhtar telah mengemukakan tawaran untuk menampilkan MMC Corporation selaku syarikat persendirian – kini tawaran tersebut telah diluluskan oleh Permodalan Nasional Berhad dan pemegang sahamnya.

PNB adalah pemegang saham utama dalam mengatur keputusan, kerana ia memegang kepentingan sekitar 20.97% dalam MMC.

Pengenalan tawaran ini pada 3 Jun lalu, dimaklumkan akan dilakukan melalui kaedah pengurangan modal saham terpilih  (SCR) dengan nilai RM2.94 bilion – tindakan ini untuk mengimbangi semula modal saham entiti.

Berdasarkan kenyataan, difahamkan sekitar 99.75% pemegang saham mengundi dan memihak kepada tawaran berkenaan. Ini merangkumi persetujuan 75% pemegang saham yang hadir, sementara 10% pula tidak bersetuju akan tawaran tersebut.

Menerusi perolehan ini, ia dilihat dapat membangunkan perniagaan serta membuka peluang entiti meneroka pasaran tanpa halangan pengawalseliaan yang berkaitan degan status penyenaraian di papan pasaran utama, Bursa Securities.

Untuk makluman, MMC mengendalikan pelabuhan seperti pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd, Johor Port Bhd, Northport (Malaysia) Bhd, Penang Port Sdn Bhd, Tanjung Bruas Port Sdn Bhd dan Red Sea Gateway Terminal.