Tan Sri Syed Mokhtar kini mengemukakan tawaran, untuk menjadikan MMC Corporation sebagai syarikat persendirian. Dengan kaedah pengurangan modal saham terpilih (SCR) bernilai RM2.94 bilion.
Kenyataan ini diperincikan menerusi paparan surat tawaran dari Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd (STJSB) yang ditunjukkan. Di mana memaklumkan, setelah cadangan SCR itu dilakukan maka pembatalan saham bernilai RM1.46 bilion akan berlaku – ini membawa kepada pengurangan modal.
Untuk makluman, pada paparan surat berkenaan menjelaskan TS Syed Mokhtar selaku pemegang keseluruhan kepentingan ekuiti pada STJSB, melalui Indra Cita Sdn Bhd.
Maka disebabkan pengurangan itu, bagi memudahkan transaski – satu terbitan bonus telah diusulkan oleh MMC, untuk mengimbangi modal saham.
Selain itu, menerusi langkah ini ia dilihat dapat membangunkan perniagaan serta membuka peluang entiti meneroka pasaran tanpa halangan pengawalseliaan yang berkaitan degan status penyenaraian di papan pasaran utama, Bursa Securities.