Artikel

Lego Papar Prestasi Kukuh – Keuntungan Terus Melonjak 140% Bagi Separuh Pertama 2021

Lego, permainan bata global ini kekal memaparkan prestasi yang baik bagi separuh pertama 2021 – dengan lonjakan 140% kepada AS$989 juta pada kutipan keuntungan bersihnya.

Sementara pendapatan pula meningkat 46% kepada AS$2.6 bilion.

Prestasi yang kukuh ini, jelas disokong berdasarkan permintaan yang tinggi dan pembukaan khidmat runcit diseluruh dunia.

Lebih menarik, kestabilan ini turut didorong berlandaskan agenda Lego dalam memperluaskan jejak cawangannya di China dan kejayaan edisi jualan globalnya seperti Star Wars Harry Potter, Lego Creator Expret dan Lego Technic.

Tidak hanya menitikberatkan soal keuntungan permainan, Lego juga turut ingin serta pada penglibatan kelestarian komponen permainan mereka –  dengan penghasilkan permainan berasaskan bahan kitar semula.

Menurut Ketua Eksekutif Niels Christiansen, pola perbelanjaan ini akan kembali rancak secara beransur susulan pemulihan negara di peringkat dunia memiliki perbezaan dari aspek aturan SOPnya.

Selain itu, meskipun Lego memperlihatkan lonjakan 50% jualan atas talian pada tahun ini namun pihaknya terus memperluaskan empayar fizikal dengan membuka lebih 60 kedai fizikal dalam tempoh 6 bulan tahun 2021 ini.

Setakat ini, Lego memiliki 737 kedai fizikal dengan 291 cawanganya adalah di China.