Sekiranya pertengahan Jun lalu, Bank Dunia memutuskan jangkaan pertumbuhan ekonomi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia di paras 4.5%, kini penetapan tersebut mengalami perubahan dan penurunan kepada 3.3% pada tahun 2021.
Ini lebih rendah berbanding sasaran pertumbuhan sebelum ini.
Tindakan semakan semula di bawah tinjauan Kemiskinan Makro ini, secara langsung memperlihatkan penurunan 1.2% dilakukan oleh Bank Dunia. Di mana ekonomi dunia mengambil kira pelbagai faktor segmen perdagangan.
Merangkumi sekatan perjalanan, sektor perkhidmatan terjejas, sektor luaran meliputi sokongan eksport negara pada pembuatan, barangan elektrik dan elektronik (E&E) serta sarung tangan getah.
Malah kenaikan penularan COVID-19 di ekonomi maju turut member kesan kepada pertumbuhan negara. Seperti yang umum ketahui, Malaysia mengamalkan dasar ekonomi terbuka – kesan pada perdagangan global akan memberi impak kepada aliran negara.
Antara tumpuan lain juga adalah kedudukan perolehan pendapatan rakyat Malaysia di bawah garis kemiskinan negara. Dari sisi positif -Bank Dunia menjangkakan situasi itu akan pulih secara beransur dan kembali ke paras normal menjelang tahun 2022.
Malaysia dinasihatkan untuk menyeimbangkan usaha pemulihan. Ini kerana ketidaktentuan pemulihan akan mewujudkan ancaman kepada ketidaksamarataan negara.