Artikel

Jangkaan Pertumbuhan KDNK Malaysia Kini Menurun Kepada 4.5%, Tidak Lagi 6% – Bank Dunia

Ekoran peningkatan penularan kes COVID-19 yang begitu ketara pada pertengahan April 2021, telah menjadikan momentum ekonomi Malaysia semakin membimbangkan. Maka, jangkaan pertumbuhan bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara untuk tahun ini, diturunkan kepada 4.5%.

Penurunan jangkaan itu telah dinyatakan oleh Pemantauan Ekonomi Bank Dunia, pada hari ini (23 Jun).

Tindakan unjuran ini meliputi pelbagai aspek – dari segi keupayaan sistem kesihatan negara, kadar agihan vaksinasi dan penutupan sektor ekonomi yang sedang berlaku.

Berdasarkan pemerhatian, negara perlu memberi tumpuan kepada keupayaan sistem kesihatan negara. Langkah yang agresif wajar dilaksanakan untuk membantu sektor ekonomi kembali beroperasi semula dan menjana pertumbuhan.

Meskipun negara mengalami cabaran yang tinggi namun aspek ekonomi luaran masih mengekalkan prestasi baik. Di mana bahagaian eksport dijangka melonjak kepada 11.2% bagi tahun ini. Ia menandakan permintaan dan pelaburan global berkaitan eksport masih stabil dan akan terus meningkat.

Selain itu, ekosistem sektor swasta juga perlu dilindungi dan dipertingkatkan. Pemulihan ekonomi Malaysia bergantung pada dasar bantuan segera, program sokongan yang mudah diakses dan disasarkan untuk membolehkan syarikat mengekalkan kecairan.

Laporan Bank Dunia mengatakan usaha pemulihan harus merangkumi lanjutan subsidi gaji, meningkatkan amalan prosedur operasi standard (SOP), dan mempercepat kelulusan serta pengeluaran pinjaman yang ada.

Tindakan itu akan membantu negara, atasi cabaran kadar pertumbuhan.