Artikel

UOB, Standard Chartered Dan Hong Leong Bank – Antara Berpotensi Miliki Aset Perbankan Pengguna Citi Malaysia

Pertengahan April lalu – Citigroup memaklumkan pihaknya akan keluar daripada perkhidmatan perbankan runcit di Malaysia dan 12 negara yang lain.

Kini berdasarkan laporan, perolehan aset sedemikian akan beralih kepada 3 pembida yang berpotensi, antaranya adalah United Overseas Bank (UOB) untuk bersaing dalam mendapatkan aset perbankan pengguna Citigroup di Malaysia.

Berdasarkan sumber, perniagaan pengguna Citi Malaysia ini merangkumi segmen kad kredit, pengurusan kekayaan dan gadai. Melalui kesepakatan, fasa pembidaan tersebut dijangka dapat diselesaikan pada akhir bulan ini.

Selain UOB, 2 pesaing lain turut terlibat pada potensi adalah Standard Chartered dan Hong Leong Bank Malaysia.

Untuk makluman Citi Malaysia melaporkan keuntungan bersih RM391.59 juta bai separuh pertama 2021, pada laporan kewangan yang berakhir bulan Jun, dengan jumlah nilai aset RM40.8 bilion.

Persaingan ini digambarkan hasil cetusan perniagaan kad kredit Citi Malaysia yang menjadi tarikan utama oleh para pesaing. Di mana Citi dianggap selaku peneraju kad kredit terbesar di pasaran Malaysia, setelah Maybank dan CIMB.