Citigroup kini telah mengumumkan mereka akan keluar daripada perkhidmatan perbankan runcit di 12 negara, termasuk di Malaysia.
Langkah ini diambil sebagai langkah strategik, dalam memfokuskan kepada perkhidmatan perbankan korporat, pelaburan dan beberapa yang lain berkaitan pelaburan. Citi mengatakan mereka tidak mempunyai skala untuk bersaing pada pasaran negara-negara yang ditutup ini – termasuk Malaysia, dan memilih untuk menggunakan modal mereka pada sumber yang menawarkan pulangan lebih tinggi.
Pada hari ini, Citi mempunyai 10 cawangan di Malaysia, termasuk 6 di Lembah Klang, satu di Johor, satu di Melaka, dan dua di Pulau Pinang.