Artikel

Ketua IMF Nafi Ubah Laporan Ekonomi Bank Dunia, Untuk Memihak China

Integriti institusi kewangan antarabangsa kini mengalami kejutan, susulan penemuan penyelewengan data dan tindakan itu dikaitkan dengan peranan Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva pada kedudukannya terdahulu, ketika bertugas di Bank Dunia pada 2018.

Penemuan itu merangkumi perubahan data pada kedudukan China dalam laporan World Banks’s Doing Business 2018 dan edisi 2020 melibatkan kedudukan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu serta Azerbaijan.

Laporan terbabit berperanan, menentukan kedudukan setiap negara bersandarkan peraturan perniagaan dan reformasi ekonomi mereka – melalui petunjuk itu, ia akan membuka peluang kepada tarikan kemasukan pelaburan ke dalam negara.

Pada penetapan kedudukan – China telah mempersoalkan kejatuhan kedudukan mereka pada laporan 2017, iaitu di tangga ke 78 dan laporan seterusnya menunjukkan kedudukan mereka terus menurun.

Seperti yang semua ketahui, China dan Amerika Syarikat pada ketika itu telah berdepan dengan krisis perdagangan, maka situasi ini memberi tekanan yang tinggi kepada pengurusan. Susulan keluhan itu, pada minggu akhir sebelum edisi laporan ekonomi tersebut dikeluarkan – pihak atasan Bank Dunia telah meminta petugas mengemas-kini semula metadologi berkaitan China.

Menurut WilmerHale firma guaman siasatan – berdasarkan analisis ke atas 80,000 dokumen, terdapat beberapa perubahan data telah dilaksanakan dan itu membawa kepada kenaikan kedudukan China, di mana telah dinaikkan semula pada paras tangga ke-78.

Situasi itu secara tidak langsung memaparkan tindakan semakan seolah-olah memihak kepada China, untuk menghindari dari sebarang tekanan. Bagaimanapun, Kristalina tegas memaklumkan sebarang keputusan terdahulu tiada campur tangan politik dan menyelar dakwaan tersebut, ia digambarkan tidak berasas.