Artikel

Perang Dagang AS, China – Mengakibatkan Lebih 50 Syarikat Global Berlumba Untuk Keluar Dari China

Akhbar Nikkei Asian Review melaporkan bahawa China sedang berusaha untuk menghentikan lebih lima puluh syarikat global dari mengalihkan operasi mereka keluar dari negara itu.

Nikkei melaporkan bahawa China sedang berbuat demikian kerana syarikat global ini sedang runsing tentang pergolakan perang dagang antara Amerika Syarikat (AS) dengan negara itu.

Setahun selepas perang perdagangan dimulakan oleh AS, lebih daripada 50 syarikat global, termasuk Apple dan Nintendo, sedang mempertimbangkan rancangan mereka untuk memindahkan operasi pengeluaran dari China.

Dan isu ini bukan hanya dibelenggu syarikat asing. Pengilang China, serta syarikat dari AS, Jepun dan Taiwan, juga merupakan sebahagian daripada mereka yang akan mempertimbangkan perkara yang sama.

“Kami memerlukan langkah-langkah tepat untuk mengelakkan risiko tarif dan layak untuk masuk ke pasaran AS” kata Kiyofumi Kakudo, CEO pembuat PC Dynabook.

Sharp sedang mempertimbangkan rancangan untuk memindahkan pengeluaran komputer riba AS ke sebuah kilang baharu yang dibina di Vietnam. Syarikat PC tersebut menyumbangkan sekitar 10% daripada pengeluaran komputer riba di negara itu.

Apple pula telah menyeru pembekal utama mereka untuk mempertimbangkan isu mengalihkan 15% hingga 30% pengeluaran iPhone bagi pelaksanaan di luar China.

Kajian Nikkei Asian melaporkan bahawa Apple akan memulakan percubaan pengeluaran earphone Wireless AirPods yang terkenal di Vietnam.

Ujian seperti ini biasanya menjadi projek perintis untuk pengeluaran besar-besaran.

Pembangun peranti Amerika HP dan Dell berfikir untuk bergerak hingga 30% daripada pengeluaran komputer riba mereka di China ke Asia Tenggara dan di tempat lain. Manakala, operasi Nintendo – Jepun juga akan mengalihkan sebahagian daripada pengeluaran sistem permainan Nintendo Switch dari China ke Vietnam.