Artikel

Kapasiti Kehadiran Pekerja Sektor Swasta Fasa 2, Kini Dinaikkan Sehingga 100% – Mengikut Kadar Vaksinasi

Tidak hanya aktiviti sosial serta pembukaan operasi pendidikan dilonggarkan – namun kelonggaran baharu turut diumumkan kepada sektor ekonomi di negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sahaja. 

Bagi semua pejabat swasta kini dibenarkan beroperasi dengan kapasiti kehadiran pekerja, berdasarkan kadar vaksinasi yang telah diaturkan oleh pentadbiran. Ia merangkumi;

  • Kapasiti 60% pekerja sekiranya 40% pekerja telah melengkapkan vaksinasi
  • Kapasiti 80% pekerja sekiranya 60% pekerja telah melengkapkan vaksinasi
  • Kapasiti 100% pekerja sekiranya 80% pekerja telah melengkapkan vaksinasi

Manakala, bagi pekerja yang memiliki kenderaan kereta dibenarkan membawa penumpang dengan kapasiti 100% – sekiranya telah melengkapkan vaksinasi. Selain itu, operasi kilang perabot juga turut dibenarkan di bawah Fasa 2 PPN.

Kenyataan PM Ismail Sabri*

Sementara itu, kelonggaran baharu bagi kegiatan ekonomi di Fasa 2, 3 dan 4 PPN turut membenarkan Aktiviti Mesyuarat Secara Bersemuka dilaksanakan. Namun kehadiran semua pihak perlulah melengkapkan vaksinasi dan mengamalkan pematuhan SOP.

Adanya senarai kelonggaran baharu bagi operasi ekonomi untuk Fasa 2 dan ke atas, ini membantu majikan dan pengurusan memahami kebenaran yang diberikan oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun, pengendali perniagaan dinasihatkan untuk tidak mengambil kesempatan dan menjamin aturan SOP yang ketat pada setiap tindakan yang dibenarkan.

Sekiranya didapati melanggar pematuhan tersebut, pengenaan denda pada Akta 342 akan dilaksanakan ke atas pihak pengurusan. Penguatkuasan ini akan berkuat kuasa mulai 17 Seotember kelak.