Seiring dengan gagasan Malaysia untuk beralih ke fasa endemik COVID-19, Perdana Menteri Ismail Sabri kini mengumumkan kelonggaran kebenaran pada beberapa aturan SOP merangkumi sosial dan pendidikan untuk semua rakyat negara.
Bagi Pendidikan Fasa 1 & 2 dibenarkan beroperasi;
- Tabika
- Taska
- Tadika
- Pusat Jagaan Harian
- Pusat Perkembangan Minda
Kebenaran ini bertujuan meringankan bebanan ibubapa yang perlu bertugas dan memenuhi permintaan penjagaan kanak-kanak. Pembukaan ini menuntut semua kakitangan perlu melengkapkan vaksinasi mereka untuk memberi jamianan keselamatan semua pihak.
Bagi Aktiviti Riadah Fasa 1 & 2 dibenarkan;
- Aktiviti Memancing – perlu melengkapkan vaksinasi dan penetapan waktu operasi Fasa 1 bermula jam 6 pagi sehingga 8 malam, sementara Fasa 2 bermula jam 6 pagi sehingga 10 malam
Bagi Aktiviti Riadah Fasa 2 & 3 dibenarkan;
- Aktiviti Fizikal Kcergasan seperti Senamrobik, Zumba secara berkumpulan – melengkapkan vaksinasi dan hanya pada kapasiti 50%
- Aktiviti Sukan Outdoor dan Indoor – melengkapkan vaksinasi
- Aktiviti sukan Fizikal – Bola Sepak, Takraw, Bola Tampar dibenarkan mengikut kapasiti – perlu melengkapkan vaksinasi
Kelonggaran bagi Setiap Fasa PPN;
- Aktiviti Ziarah Kubur mengikut ketetapan kerajaan negeri
- Kapal Persiaran dibenarkan beroperasi pada kapasiti 50%
Secara keseluruhannya, semua kelonggaran aktiviti sosial dan pendidikan ini – memerlukan semua orang awam melengkapkan vaksinasi mereka sebelum terlibat dalam kegiatan tersebut. Sekiranya gagal memenuhi kriteria, individu tidak dibenarkan menyertai manfaat kelonggaran tersebut.
Meskipun kelonggaran diberi – orang awam dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan pematuhan SOP dan kekal menjaga kesihatan diri.