Pemerkasaan platform atas talian memiliki daya kebaikan kepada seluruh rakyat negara. Kemudahan akses itu berupaya, membantu orang awam memenuhi keperluan harian mereka secara maya.
Namun, tidak dapat dinafikan disebalik kemudahan akses ia turut mencetuskan kemudaratan pengguna. Antaranya kenaikan jenayah siber mula diperlihatkan. Untuk makluman, data tahun ini – setakat Ogos 2021, Selangor telah merekodkan nilai kerugian RM67.8 juta disebabkan kegiatan jenayah siber.
Angka sedemikian bersamaan dengan jumlah kes sebanyak 2,307. Kenyataan ini dikongsikan oleh bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersil segmen pemalsuan, pelaburan, sidiket dan siber. Antara senarai jenayah siber tertinggi adalah;
- Jenayah Telekomunikasi
- Penipuan Kewangan Digital
- Love Scam
- Platform Pembelian Atas Talian
Pihak PDRM mengingatkan orang awam, untuk menyemak latarbelakang pihak kedua sebelum pengguna melaksanakan sebarang transaksi nirtunai (tanpa tunai) atau berkongsikan maklumat peribadi.
Untuk makluman, isu jenayah siber bukanlah suatu isu baharu – berdasarkan statistik PDRM jenayah sedemikian berlaku peningkatan 26% bagi tahun 2019 dan 2020. Perkara ini amat membimbangkan sekiranya berterusan berlaku.
Oleh itu, bagi mengelakkan perkara ini berlarutan – para pembaca boleh ikuti langkah semakan yang dilakukan oleh Facebook menerusi tanda pagar #TakNakScam, di mana pembaca akan memahami dan boleh merujuk kepada pihak berkuasa untuk menyemak latarbelakangan pihak kedua.
Rujukan semakan kesahihan pihak tertentu;
PDRM – layari pautan Semak Akaun Yang Memiliki Aduan
Bank Negara Malaysia (BNM) – ketahui maklumat terkini berhubung penipuang kewangan pada pautan Amaran Scam BNM > klik pada bahagian Tanya Amaran Scam
Suruhanjaya Sekuriti (SC) – layari Senarai Perhatian Pelabur SC, yang memberi makluman berhubung organisasi pelaburan yang tidak dibenarkan
Rujukan membuat aduan kepada pihak berkuasa;
Bursa Malaysia – nyatakan aduan pada emel [email protected] atau talian 03-2732-0067
KPDNHEP – aduan pada portal e-Aduan Pengguna, atau emel pada [email protected] atau hubungi 019-279-4317
FOMCA – aduan pada portal Aduan Pengguna Nasional atau hubungi 03-7803-6000/03-7805-0009