Melalui kerjasama dua hala antara Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank of Thailand (BOT) di bawah pelan Rangka Kerja Intergrasi Perbankan ASEAN – kini institusi perbankan kedua-dua buah negara dipelawa untuk tampil selaku Bank ASEAN Berkelayakan iaitu QAB.
Melalui penampilan ini, ia dijangka berpotensi menyokong perdagangan serta pelaburan antara negara ASEAN yang lebih meluas.
Langkah ini selaras dengan agenda ASEAN Economic Community Blueprint 2025, yang ingin mewujudkan ekonomi negara terlibat lebih bersepadu dan melakukan kerjasama erat.
Bagi memastikan kestabilan aliran kewangan kedua negara, penyertaan institut perbankan sama ada bank baharu atau bank sedia ada sebagai calon QAB ia perlu memiliki pengukuhan dalam segala kriteria – merangkumi pasaran, tadbir urus yang baik, sokongan daripada agensi pengawal-selia negara dan memiliki keseimbangan dalam operasi.
Menurut Gabenor BNM, Datur Nor Shamsiah Yunus – pengaturan dua hala ini menandakan pengukuhan hubungan ekonomi antara Malaysia dengan Thailand, dan akan memberikan manfaat kepada orang ramai di kedua-dua negara melalui kemudahan perbankan yang lebih baik serta akses kepada produk kewangan secara lebih meluas.
Seperti yang umum sedia maklum, BNM dan BOT sebelum ini telah melancarkan Jalinan Pembayaran QR Rentas Sempadan untuk memenuhi keperluan tunai kedua-dua negara. Adanya integrasi ini, ia meningkatkan lagi sokongan kedua-dua pihak.