Penetapan Pulau Langkawi selaku destinasi perintis gelembung perlancongan Malaysia, telah membantu ekonomi setempat menikmati manfaat pemulihan antaranya adalah sektor perhotelan.
Aliran tempahan penginapan perhotelan kini telah meningkat 20% setelah pentadbiran negara memaklumkan pembukaan pulau peranginan tersebut pada umum, mulai 16 September kelak.
Menurut Persatuan Hotel Malaysia Kedah-Perlis, kenaikan tempahan itu tidak hanya membantu segmen penginapan namun turut membantu segmen pakej pelancongan. Ini kerana, kebanyakan perhotelan kini menyediakan pakej perlancongan bagi memudahkan pergerakan para pengunjung.
Data itu turut disokong berdasarkan permerhatian Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) apabila penginapan hotel kini telah menerima ribuan tempahan sehingga November kelak. Ini bermakna semua pengguna telah bersedia melengkapkan vaksinasi dan menyumbang kepada pertumbuhan pelancongan negara.
Melalui aliran domestik yang positif dari pengunjung – pemain industri pelancongan ditegaskan untuk sentiasa menjamin aturan SOP dan mempelbagaikan kegiatan, demi memanfaatkan pembukaan ekonomi ini.
Umum perlu sedari April 2020 – sektor perhotelan negara mengalami anggaran kerugian sehingga RM6.36 bilion dan menyaksikan pelbagai penutupan operasi serta pemberhentian pekerja yang tinggi.
Adanya kelonggaran perjalanan ini, membuka pemulihan pelancongan secara beransuran namun bebanan kerugian masih tinggi untuk jangka masa panjang.