Artikel

Sektor Perhotelan Anggar Kerugian Sehingga RM6.36 Bilion

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Yap Lip Seng mengatakan, kadar purata penginapan hotel secara keseluruhan dijangka sekitar 25.41% untuk tahun ini.

Secara amnya, hotel tidak akan mencatat keuntungan dengan kadar penginapan di bawah 40%.

Ini bererti pelbagai hotel perlu menanggung kerugian tersebut dari bulan Mac hingga akhir tahun ini, bahkan boleh berlanjutan sehingga tahun 2021.

Menurut laporan The Star, MAH ketika ini mengunjurkan kerugian pendapatan sektor hotel tempatan adalah sehingga RM6.36 bilion.

Bagi Timbalan Presiden Kebangsaan Persatuan Hotel Bajet Malaysia Sri Ganesh Michiel pula mengatakan umum ketahui sektor perhotelan sangat bergantung pada sektor pelancongan.

Susulan krisis pandemik COVID-19 ini telah meyebabkan ramai pihak khuathir untuk melancong atau menginap di mana-mana hotel, resort dalam jangka masa yang panjang.

Ganesh turut berpendapat sektor perhotelan akan menjadi sektor yang paling lama untuk pulih semula, meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah ditamatkan nanti.