Sememangnya industri koko negara memiliki potensi yang tinggi pada pasaran serantau. Ini dapat disaksikan apabila hasil 2020, koko berupaya menyumbang RM1.64 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), ia meningkat 5.4% berbanding hasil 2019.
Lebih menarik bagi subsektor koko turut menyumbang kepada pendapatan eksport Malaysia, sekitar RM6.23 bilion bagi tahun 2020. Ini menjadikan industri ini antara penyumbang utama pada pendapatan eksport negara.
Seiring dengan kemajuan ini – Lembaga Koko Malaysia (LKM) sedang membangunkan sistem dan penghasilan koko yang meningkatkan kualiti biji koko pada pemasaran komersial. Tidak hanya meneliti kualiti produk, LKM turut menjalankan insiatif bersama pekebun kecil industri di bawah Program Pembangunan Rantaian Kluster Koko.
Pelaksanaan program itu akan membantu memberi pendedahan kepada pemain industri pada kemajuan pengeluaran dan meneroka peluang baharu dalam agripelancongan.
Untuk makluman, LKM bersama pentadbiran negara sejak April lalu telah menyatakan ketersediaan Malaysia untuk tampil selaku peneraju pasaran koko di peringkat Asia.
Malaysia memiliki potensi peneraju berikutan negara memiliki tanah yang bersesuaian untuk mengusahakan tanaman koko, dan sasaran itu akan memperlihatkan kerjasama projek lestari bersama pihak pendidikan. Antara yang akan dibangunkan Projek Pembangunan Lestari Tanaman Koko – ia akan bertindak menghasilkan usahasama penyelidikan berhubung pengekstrakan proses koko.