Artikel

Malaysia Berpotensi Teraju Pasaran Koko Pada Peringkat Asia

Malaysia kini diperlihatkan berpotensi memperluaskan industri koko negara. berikutan negara memiliki tanah yang bersesuaian untuk mengusahakan tanaman koko tersebut.

Ini merangkumi perkembangan usahsama tanaman koko di negara. Menurut Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi – Malaysia kini merancang untuk menerajui industri koko dengan kebolehan penghasilan pelbagai jenis koko berkualiti.

Perancangan ini tidak hanya merancakkan momentum industri bahkan, memberi pulangan pada pertumbuhan negara.

Antara usaha ke arah itu, sebuah Memorandum Perjanjian kini telah di temeterai antara Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan pemain industri – Pertubuhan Peladang Kawasan Bagan Datuk serta Universiti Malaysia Pahang.

Kerjasama ini akan dibangunkan di bawah Projek Pembangunan Lestari Tanaman Koko – ia akan bertindak menghasilkan usahasama penyelidikan berhubung pengekstrakan proses koko.