Artikel

Tangani Isu Kerugian Cukai Lebih RM5 Bilion – MOF Teliti Pendekatan Banteras Penyeludupan

Kegiatan penyeludupan produk tembakau dan jualan rokok negara dilihat terus memaparkan peningkatan. Situasi ini mewujudkan ketirisan yang tinggi pada hasil negara, membabitkan kerugian cukai lebihi RM5 bilion setahun.

Maka, beberapa pendekatan baharu pada dasar penyeludupan kini diteliti Kementerian Kewangan (MOF) dan dirangkumkan dalam pembentangan Belanjawan 2022 kelak.

Untuk makluman tahun lalu, data pasaran rokok negara dapati sekitar 64% jualan rokok adalah berasaskan dari kegiatan penyeludupan, sementara hanya 36% jualan secara sah saja yang dicatatkan. 

Ini menandakan kesejahteraan pasaran jualan negara, begitu rendah. Ia tidak hanya meliputi isu pasaran domestik bahkan merangkumi isu indsutri tembakau global.

Berdasarkan tinjauan, Euromonitor International – Malaysia antara negara berperanan dalam menjadi pusat pengedaran rokok seludup ke Australia. Tidak hanya negara, beberapa negara lain turut terpalit akan isu ini seperti China, Vietnam, Indonesia dan Singapura.

Setakat ini, beberapa pelaksanaan telah dilakukan negara, antaranya adalah;

  • Memperketat kawalan ke atas pelesenan dan pengimportan rokok dan produk tembakau
  • Membekukan pengeluaran lesen import rokok baharu
  • Memperketat pembaharuan lesen import rokok melalui pengenaan kuota import
  • Mengehadkan aktiviti pemindahan rokok ke kapal di pelabuhan tertentu
  • Melarang transhipmen rokok dan mengeksport tokok menggunakan bot kecil
  • Menjadikan rokok dan produk tembakau sebagai barangan berduti di semua pulau bebas cukai

Bagi perincian lanjut berhubung pengukuhan pelaksanaan membanteras kegiatan penyeludupan ini – ia akan dibentangkan pada 29 Okober kelak di sidang Belanjawan 2022.