Artikel

Top Glove Kini Diberi Pelepasan, Kebenaran – Eksport Semula Produk Ke AS

Sejak 15 Julai lalu – Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP) telah melaksanakan sekatan ke atas produk Top Glove Corporation Sdn Bhd, susulan isu melibatkan tunggakan pembayaran buruh asing dan dakwaan buruh paksa.

Situasi itu membawa kepada rampasan 3.97 juta sarung tangan getah nitril dengan nilai RM2.13 juta.

Bagaimanapun, isu tersebut tidak lagi wujud apabila kini – pelepasan dan kebenaran eksport telah diperolehi kembali oleh syarikat untuk memasuki pasaran AS.

Menurut Top Glove, CBP telah mengesahkan produk sarung tangan yang dikeluarkan syarikat tempatan Malaysia ini akan dibenarkan melepasi semupelabuhan masuk AS, bermula hari ini (10 September).

Top Glove menyatakan penghargaan entiti kepada CBP atas maklum-balas ini. Pihaknya akan terus menangani isu berkaitan tenaga kerja, disamping memberi jaminan memperhalusi kebajikan dan keselamatan pekerja.