Syarikat pengeluar sarung tangan negara Top Glove kini memperjelaskan pihaknya sentiasa memberi kerjasama dengan Jabatan Kastam dan Perlindungan sempadan (CBP) Amerika Syarikat berhubung penemuan isu buruh paksa.
Ketika ini tiada sebarang isu tambahan berhubung dakwaan tersebut. Top Glove komited dalam membendung isu yang berbangkit dan ingin memastikan segala perlindungan sosial pekerja mereka kekal terjamin.
Untuk makluman disebabkan isu sebelum ini, CBP AS telah menyekat pembekalan produk sarung tangan dan larangan di pelabuhan AS. Tindakan itu secara langsung telah menjejaskan kos produk yang perlu ditanggung oleh syarikat.
Buat masa ini proses rundingan sedang dilakukan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Pada masa yang sama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga turut mengatakan penelitian akan dilakukan bagi memastikan kepenggunaan buruh negara menyamai piawaian polisi buruh pada peringkat global.