Artikel

MITI Akan Jalankan Penelitian Berhubung Isu Buruh Paksa Top Glove

Susulan isu buruh paksa melibatkan Top Glove, pengeluar sarung tangan negara ketika ini semakin meruncing disebabkan dakwaan yang dilakukan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP). Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyatakan pihaknya akan meneliti perkara tersebut.

Tindakan itu akan merangkumi pemahaman industri berdasarkan keperluan pasaran eksport Malaysia dan laporan penuh dakwaan. Usaha ini untuk meneliti permasalahan yang timbul pada perdagangan negara dan dapat diselaraskan mengikut pematuhan dasar domestik AS.

Untuk makluman, sebelum ini CBP AS telah mengeluarkan dapatan isu buruh paksa ke atas Top Glove. Langkah itu secara langsung telah menyekat pembekalan produk sarung tangan dan larangan di pelabuhan AS.

Bagaimanapun, Top Glove setakat ini menafikan isu tersebut dan sedang berunding, memohon penjelasan dari pihak CBP. Sekatan terbabit telah merugikan kos operasi yang perlu ditanggung syarikat.

Menerusi langkah itu, pemberitahuan berhubung rundingan ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.