Artikel

Tren ERL Akan Kembali Beroperasi – Mulai 13 September Ini

Susulan kelonggaran perjalanan rentas daerah antara Kuala Lumpur, Putrajaya dan Singapura di bawah Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) – kini perkhidmatan Express Rail Link (ERL) akan kembali beroperasi semula.

Penguatkuasaan perkhidmatan akan mula dilaksanakan pada 13 September kelak.

Ini bermakna perkhidmatan KLIA Express dan KLIA Transit akan beroperasi selaku perkhidmatan gabungan dengan penjadualan dari jam 6 pagi sehingga 10.10 malam.

Kekerapan perkhidmatan juga akan diselenggara mengikut pertambahan kapasiti pengguna.

Seperti yang umum ketahui, mulai 4 Jun lalu perkhidmatan ERL terpaksa ditangguhakan berikutan mengalami penurunan pengguna harian sehingga 89%. Namun kini, pemulihan perkhidmatan akan diperlihatkan dalam masa terdekat.