Mulai 4 Jun ini, perkhidmatan Express Rail Link (ERL) akan menangguhkan operasi perjalanan trennya. Tindakan ini selaras dengan pengumuman PKP Fasa Pertama pada minggu ini.
Keputusan itu telah dicapai berdasarkan hasil rundingan bersama Kementerian Pengangkutan serta Agensi Pengangkutan Awam Darat. Ini bagi mengikuti penerapan konsep Bekerja Dari Rumah yang telah diselaraskan.
Umum ketahui, lebih setahun perkhidmatan ERL telah mengalami penyusutan. Ia didorong penurunan perjalanan udara yang berkaitan. Ketiadaan penggunaan perkhidmatan penerbangan maka memberi kesan secara tidak langsung kepada ERL.
Purata penyusutan pengguna harian ERL telah mencatatkan kadar 69% pada 2020, dan kini kadar itu terus merosot sebanyak 89%.
Maka tidak hairanlah mengapa penggunaan perkhidmatan ERL semakin terhad. Bagaimanapun notis pembukaan semula tangguhan ini akan dimaklumkan kelak. Sebarang maklumat lanjut, boleh layari pautan portal KLIA Ekspres.