Artikel

Ketika Lebih 70% Negara Maju Lepasi Paras 40% Vaksinasi, Negara Miskin Kekal Ketinggalan – WHO

Tumpuan negara maju dalam perolehan dos penggalak atau dos tambahan vaksin COVID-19, dilihat wajar ditangguhkan terlebih dahulu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa penangguhan itu dilakukan sehingga akhir tahun ini, Disember 2021. Menurut Adhanom Ghebreyesus – Ketua WHO, pihaknya tidak akan berdiam diri sekiranya pihak pengendali vaksin memiliki tanggapan negara berpendapatan rendah atau miskin perlu akur akan ehsan bekalan dos dari negara maju, sedangkan agihan tersebut dos penggalak boleh diberikan kepada mereka.

Desakan keutamaan agihan dos kepada negara miskin ini tidak hanya berlandaskan isu kesihatan, tetapi membabitkan isu kemanusiaan dan jangka masa panjang pengukuhan ekonomi secara menyeluruh.

Pihak WHO tidak ingin melihat penggunaan vaksin hanya terus tersedia untuk penduduk di negara maju, ia perlu diagihkan secara menyeluruh. Itu peranan sebenar kesihatan, berkhidmat secara menyeluruh.

Kenyataan tegas ini susulan kekesalan yang didepani WHO – apabila sebelum ini negara-negara maju telah berjanji menyumbang lebih 1 bilion dos vaksin kepada negara-negara miskin, namun setakat ini kurang 15% dos dari jumlah tersebut sahaja diterima.

Pihaknya enggan sekadar menerima janji, tetapi ingin menerima vaksin.

Ini kerana Persekutuan Pengilang dan Persatuan Farmasi Antarabangsa (IFPMA) telah menyatakan akhir 2021, pengeluaran dos vaksin dijangka mencapai 12 bilion dan bekalan itu mencukupi menampung populasi dunia. Maka seharusnya isu mengalami pengurangan bekalan seharusnya tidak wujud.

Untuk makluman, berdasarkan pemerhatian WHO juga – di kala lebih 70% negara maju telah melepasi paras 40% vaksinasi, tiada satupun negara miskin yang mencapai sasaran sedemikian.