Persekutuan Pengilang dan Persatuan Farmasi Antarabangsa (IFPMA) kini menjangkakan, penghasilan dos vaksin pada akhir tahun ini berupaya menampung populasi dunia. Ia merangkumi penghasilan 12 bilion dos vaksin.
Menurut Ketua IFPMA, Thomas Cueni – meskipun saat ini terdapat jurang yang ketara dalam kalangan negara berpendapatan rendah tetapi setakat September ini, global telah mencapai penghasilan sekitar 7.5 bilion dos vaksin.
Data itu membawa kepada pecahan – sekitar 1.5 bilion dos vaksin telah terhasil bagi setiap bulan.
Menerusi rekod itu, IFPMA menyatakan sekiranya negara maju menggunakan bekalan dos yang ke atas golongan kanak-kanak – masih terdapat baki 1.2 bilion dos vaksin yang mampu diagihkan negara maju kepada negara miskin.
Oleh itu, tidak timbul soal ketiadaan upaya mengagihkan bekalan kepada negara berpendapatan rendah. Melainkan masih terdapat negara maju yang mengutamakan kepentingan kesihatan penduduk mereka berbanding kepentingan global.
Untuk makluman, dijangka penghasilan vaksin mampu mencecah 24 bilion dos pada pertengahan 2022 kelak. Jumlah ini adalah lebih tinggi berbanding populasi global ketika ini.