Susulan peralihan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ke Fasa 2 PPN pada hari Jumaat kelak – Perdana Menteri Ismail Sabri kini memperincikan beberapa kebenaran buat orang awam di kawasan Fasa 2 dan ke atas.
Ini bermakna hanya individu yang telah melengkapkan vaksinasi di Fasa 2 sahaja dibenarkan merentas daerah. Sementara rangkuman lain melibatkan rentas negeri pula hanya tertakluk kepada pasangan jarak jauh dan ibu bapa yang perlu bertemu dengan anak merek di bawah usia 18 tahun.
Perincian lain adalah seperti biasa, di mana setiap perjalan orang awam memerlukan paparan sijil digital vaksinasi untuk kemasukan – ke mana-mana premis perniagaan.
Semua pihak diwajibkan untuk kekal mengamalkan SOP KKM, dan melengkapkan vaksinasi sekiranya ingin memiliki manfaat yang sama.