Artikel

Selangor, KL Dan Putrajaya Kini Sah Beralih Ke Fasa 2 PPN Mulai 10 September – PM Ismail Sabri

Setelah mendapat kenyataan dari Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim, kini Perdana Menteri Ismail Sabri turut mengesahkan kenyataan tersebut dengan menambah – tidak hanya Kuala Lumpur dan Putrajaya, tetapi negeri Selangor turut beralih ke fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Keputusan ini telah dicapai berdasarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) berpaksikan kriteria indikator PPN.

Setakat ini, senarai perincian peralihan negeri mengikut Fasa di bawah PPN adalah seperti berikut;

Fasa 4 PPN

  • Labuan

Fasa 3 PPN

  • Perlis
  • Sarawak
  • Negeri Sembilan

Fasa 2 PPN

  • Perak
  • Pahang
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Melaka
  • Kuala Lumpur
  • Putrajaya
  • Selangor

Fasa 1 PPN

  • Johor
  • Kedah