Artikel

Lonjakan Pembayaran Digital – Ini Cara Bagaimana GrabPay Memudahkan Kewangan Anda

Tiada siapa menduga, penularan COVID-19 nyata menghasilkan kesannya tersendiri pada landskap ekonomi digital dunia – khususnya pada ekosistem pembayaran. Ia telah memperlihatkan perubahan tingkahlaku pengguna, dalam mengatur kembali aliran perbelanjaan mereka.

Melalui pengamatan itu – Priyanka Madan Ketua GrabPay, Grab Malaysia melihat keperluan medium pembayaran yang mudah serta bermanfaat harus diterapkan dalam arena kewangan negara. Di sinilah bermula peranan GrabPay pada landskap negara.

Di Malaysia sahaja terdapat sekurang-kurangnya 38 jenama pemain industri berhubung dompet digital, melalui pemetaan Malaysia Fintech Map 2021 – GrabPay adalah medium yang paling digemari rakyat negara, sewaktu melakukan transaksi. Data 2020 ini memperlihatkan GrabPay memiliki lebih 163,000 rakan niaga.

Kenyataan itu turut diperakui pada tinjauan kajian Boku – Mobile Wallets Report 2021, setakat Julai 2021 – GrabPay adalah pilihan utama pada penggunaan dompet telefon pintar di Malaysia dan Singapura. Jadi bagaimana GrabPay membentuk kemudahan kewangan terhadap rakyat Malaysia?

Ciri Imbasan & Mata Ganjaran – Bantu Pengguna Jimatkan Perbelanjaan

Sejak ia dilancarkan pada Jun 2018 – Grab melihat GrabPay harus tampil selaku akses mudah kepada pembayaran nirtunai (tanpa tunai) di negara. Meskipun pada ketika itu, penggunaan pembayaran digital masih lagi di fasa awal namun ia telah menampilkan ciri pembayaran seperti Imbasan Kod QR.

Ini bermakna pengguna boleh membuat pembelian, dengan hanya mengimbas kod QR pada sebarang cawangan fizikal yang menerimanya – ciri ini secara langsung memudahkan proses transaksi nirtunai pengguna tanpa menggunakan wang tunai.

GrabPay juga ingin mengekalkan sasaran mereka dengan mendidik pengguna untuk Save Using Points atau berjimat melalui kutipan mata. Pengenalan ciri sedemikian untuk mengimbangi kaedah perbelanjaan pengguna. Di mana setakat suku kedua 2021, lebih 400 juta mata ganjaran GrabRewards pada ciri penjimatan tersebut telah ditebus oleh para pengguna, untuk mengimbangi semula aturan pembayaran mereka.

Melalui pengumpulan mata ini ia memberi penjimatan yang berganda kepada pengguna. Bagaimanapun penebusan yang dilakukan, ia adalah berasingan dengan penebusan mata pada 3 peringkat GrabRewards yang telah tersedia di aplikasi iaitu Silver, Gold dan Platinum.

PayLater – Biasakan Pengguna Dengan Faedah Transaksi Secara Ansuran

Memasuki era baharu sambil ditemani pandemik COVID-19, Grab telah merancakkan medium penawarannya dengan PayLater – iaitu alat kewangan yang mendidik pengguna untuk berbelanja secara ansuran.

Untuk lebih memahami, ia adalah segmen Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL). Grab menyedari kehadiran pandemik telah menjadikan hampir keseluruhan pengguna mengamalkan sikap berhati-hati dalam berbelanja. Ini kerana, setiap pelaburan yang dilakukan, perlu bertepatan dengan situasi kewangan mereka.

Maka pengenalan PayLater adalah suatu alternatif untuk membantu pengguna menguruskan perbelanjaan mereka dengan lebih baik. Di mana – pengguna perlu melalui 4 ansuran pembayaran bulanan atau melunaskan pembayaran keseluruhan pada bulan berikutnya di aplikasi Grab.

Lebih menarik ciri ini menawarkan potongan dan pemberian rebat kepada pengguna bagi tempoh tertentu. Sebagai contoh pada kempen 9.9 Grab Malaysia – pengguna berpeluang memiliki penjimatan sehingga RM79 (pengguna sedia ada) dan RM89 bagi pengguna baharu melalui transaksi PayLater.

Ia tidak sekadar memberi ansuran tetapi memberi penjimatan yang lebih tinggi. Sehingga kini, lebih 80% pengguna menggunakan ciri ini untuk memudahkan aliran tunai perbelanjaan mereka. Sementara, 72% pengguna pula mengakui kepelbagaian pilihan pembayaran digital pada GrabPay, telah membantu dan memudahkan akses transaksi mereka.

GrabPay Fahami Tingkahlaku, Keperluan Pengguna – Bersama Institusi Perbankan

Bagi mengandakan lagi pilihan kepada pengguna untuk meningkatkan aliran perbelanjaan negara – GrabPay telah mengatur kerjasama dengan institusi perbankan tempatan seperti Maybank.

Langkah ini bertepatan dengan perubahan tingkahlaku serta keperluan pengguna GrabPay pada era pandemik. Tindakan tambah nilai ini bukanlah perkara baharu yang dilaksanakan Grab Malaysia. Pengenalan sejak tahun 2018 lagi telah memperlihatkan sokongan pembayaran melalui Maybank QR Pay pada GrabPay telah mula tersedia.

Kini, usaha baharu itu diterapkan menerusi pengenalan Kad Kredit Maybank Grab Mastercard Platinum. Melalui kad ini yang juga baru sahaja memenangi anugerah Best Credit Card Produk di Asian Banker Awards, pengguna bukan sahaja menerima kemudahan pembayaran, pengguna juga dapat menikmati kadar GrabRewards lebih tinggi bagi setiap transaksi serta menerima faedah di bawah GrabFood, GrabMart dan GrabPay.

Bagi memantapkan lagi kerjasama itu, Grab tampil dengan kempen siri terbaharu Maybank Bonanza Challenge 6.0. Ia hadir dengan beberapa promosi khusus untuk anda semua.

  • Pengguna yang pertama kali menggunakan Kad Kredit Maybank – Anda boleh memohon, mengaktifkan dan membelanjakan sekurang-kurangnya RM 300 dalam masa 45 hari, menggunakan Kad Kredit Maybank Grab Mastercard Platinum, untuk mendapatkan pulangan tunai RM 100.
  • Pengguna baharu Kad Kredit Maybank Grab Mastercard Platinum – berbelanjalah menggunakan kad kredit ini dan menangi 6 bulan perbelanjaan GrabFood (bersamaan nilai kredit RM 6,000 GrabPay) atau hadiah berupa Nintendo Switch Lite.

Adanya kerjasama ini, ia suatu tindakan yang efisien untuk saling melengkapi aliran perbelanjaan pengguna kedua-dua penyedia. Malah penawaran ganjaran di bawah satu platform yang sama, telah menjadi tarikan dan pilihan kepada pengguna untuk melaksanakan pembayaran digital.

Sedia Perluaskan Kolaborasi Strategik – Bagi Memacu Bayaran Digital Di Malaysia

Melihat peningkatan yang semakin rancak dalam medium GrabPay, Grab Malaysia menyatakan ketersediaan mereka untuk memperluaskan kerjasama strategik bersama rakan industri berserta pentadbiran negara.

Hasrat ini tidak hanya menguntungkan para pengguna tetapi membuka peluang yang besar buat negara, untuk meneroka pasaran ekonomi digital di peringkat antarabangsa.

Perkara ini didasari berlandaskan peningkatan 85% pasaran Asia Tenggara pada kaedah nirtunai. Malah pembayaran digital di Malaysia sendiri memperlihatkan peningkatan 96%, ia lebih tinggi berbanding Indonesia, Vietnam dan Filipina pada laporan VISA – Pemerkasaan Pengalaman Digital 2021.

Oleh itu, antara perluasan yang dilaksanakan – adalah mengaktifkan ciri pembayaran DuitNow QR pada aplikasi Grab. Melalui sokongan ini ia telah membuka akses transaksi yang lebih tinggi kepada peniaga dan cawangan fizikal yang memiliki sokongan tersebut.

Kemudahan sedemikian turut meliputi penyertaan semua liga perniagaan. Tanpa mengira modal perniagaan yang berkapasiti besar mahupun kecil. Adanya akses transaksi secara menyeluruh ia akan mewujudkan ekosistem ekonomi digital yang baik buat pertumbuhan negara.

Selain kempen Maybank Bonanza Challenge 6.0, pelbagai inisiatif lain turut dilakukan Grab Malaysia bersama pentadbiran persekutuan dan negeri dalam memacu pembayaran digital. Antaranya perolehi inisiatif e-Tunai, penebusan kredit ePenjana, dan penawaran rebat RM20 pada perjalanan vaksinasi di Selangor.

Gagasan sedemikian ia tidak hanya menjadi pemangkin kepada penggunaan kaedah nirtunai namun memberi kelebihan penjimatan kepada semua pihak – merangkumi pengguna, peniaga dan penyedia.

Penafian: Advertorial Dari Grab Malaysia