Artikel

Krisis Iklim: Asia Tenggara Berisiko Alami Kerugian Ekonomi AS$28 Trilion – Menjelang 2070

Akhir bulan lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memaklumkan negara mampu alami kerugian sekiranya tiada penyelesaian dagangan berhubung kesan perubahan iklim ke atas ekonomi negara sekitar AS$65.3 bilion.

Kini pengamatan itu turut dikesan terhadap ekonomi negara Asia Tenggara yang lain. Menurut dapatan Deloitte, menjelang 50 tahun akan datang, negara Asia Tenggara akan alami kerugian AS$28 trilion. Kerugian ini disebabkan tiada tindakan lanjut berhubung pengurangan pelepasan karbon dan berlakunya peningkatan pemanasan global lebih dari 3 ° C.

Maka tinjauan dapati terdapat beberapa sektor yang akan menyumbang kepada kerugian tersebut;

  • Perkhidmatan – sekitar AS$9 trilion
  • Pembuatan – sekitar AS$ 7 trilion
  • Runcit dan Pelancongan – sekitar AS$ 5 trilion

Sementara itu sektor pembinaan, perlombongan dan gas pula berupaya menyumbang kerugian 83% daripada output ekonomi.

Selain itu, krisis perubahan iklim ini tidak hanya akan memberi kesan kepada sektor pertanian sehingga sektor pelancongan tetapi turut memberi kesan kepada paras kenaikan permukaan laut dan bencana alam.

Maka, pelaksanaan tindakan lanjut perlu di atasi segera oleh negara Asia Tenggara – merangkumi Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Vietnam, Timor-Leste dan Thailand.