Artikel

Malaysia Berisiko Alami Kerugian Bernilai AS$65.3 Bilion – Sekiranya Tiada Penyelesaian Dagangan

Tidak hanya pandemik COVID-19, ketiadaan pelaksanaan Malaysia pada tumpuan ekonomi rendah karbon dan berdaya tahan iklim juga mampu mendorong kepada kerugian perdagangan.

Menurut Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani pendedahan membantu premis perniagaan dalam mengamalkan kelestarian dan berdaya tahan depani perubahan iklim perlu dilaksanakan Malaysia.

Sekiranya tidak, ini akan membawa kepada kerugian pada nilai AS$65.3 bilion daripada pendapatan eksport tahunan, menjelang 2025 kelak.

Seperti yang dapat dilihat – China bersama Eropah telah mula mengerakkan usaha sifar bersih pelepasan karbon menjelang pertengahan abad ini. Usaha tersebut penting buat ekosistem ekonomi global bagi jangka masa panjang.

Berhubung perubahan iklim – pengamatan ini turut disokong laporan SwissRe menyatakan Malaysia dan Filipina antara negara Asia Tenggara yang akan alami kesan tertinggi, dengan anggaran penyusutan 46% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ini kerana ekosistem negara tropika dan memiliki kepadatan penduduk yang tinggi sering terdedah kepada peningkatan suhu iklim.

Maka, amaran peralihan kepada ekonomi rendah karbon dan daya tahan iklim perlu dilaksanakan bagi mengurangkan risiko kerugian pertumbuhan negara.