Artikel

Mulai 16 September – Pulau Langkawi Dibuka Selaku Destinasi Pertama Gelembung Perlancongan Negara

Setelah membenarkan peralihan dua buah negeri di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), bagi mengukuhkan kembali kreadibiliti pelancongan negara – kerajaan akan memulakan program gelembung perlancongan atau travel bubble.

Pulau Langkawi menjadi destinasi pertama program tersebut dan ia akan dilaksanakan mulai 16 September ini.

Pengumuman ini secara tidak langsung akan merancakkan kembali aliran perbelanjaan domestik kawasan ekonomi-pelancongan ini. Seperti yang kita ketahui, 14 Ogos lalu – Kementerian Pelancongan, Senia dan Budaya Malaysia (MOTAC) mula mempersiapkan strategi-libat urus bersama pemain sektor untuk pembukaan pelancongan di kawasan peranginan utama negara.

Antara pusat peranginan yang terlibat adalah Pulau Langkawi, Pangkor, Redang, Tioman dan Perhentian. Perdana Menteri Ismail Sabri memaklumkan setakat ini Langkawi menjadi pilihan pertama, sementara tempat pelancongan lain turut akan dibuka semula setelah mencapai kadar vaksinasi 80%.

Sekiranya telah melepasi kriteria tersebut, tempat pelancongan berkaitan akan turut dapat beroperasi seperti Langkawi kelak.