Mengambilkira faktor agihan vaksinasi yang semakin lancar, Kementerian Pelancongan, Senia dan Budaya Malaysia (MOTAC) kini mula mempersiapkan strategi-lbat urus bersama pemain sektor unttuk pembukaan pelancongan di kawasan peranginan utama negara.
Kenyataan media ini dapati, langkah MOTAC pada hari ini (14 Ogos) mengadakan sesi perbincangan bersama 15 wakit persatuan penggiat pelancongan.
Menurut Menteri MOTAC Dato Sri’ Nancy Shukri, usaha ini penting dalam mempersiapkan kerangka pembukaan sektor pelancongan, khususnya peranginan utama negara dalam tmpoh terdekat. Segala pengaturan perbincangan meliputi pelbagai pandangan pihak antaranya peringkat Persekutuan dan Negeri.
Antara peranginan utama yang disenaraikan adalah Pulau Langkawi, Pangkor, Redang, Tioman dan Perhentian. Berdasarkan pengamatan, dijangka kawasan tersebut akan mencapai tahap imuniti kelompok pada akhir Ogos ini.
Maka segala penelitian pembukaan operasi ini perlu dilaksanakan sebaik mungkin, ini kerana penutupan semula operasi hanya sekadar mengundang lebih tinggi kerugian.
Meskipun terdapat jangkaan pembukaan awal senarai peranginan tersebut dapat dibuka seawal September ini – namun MOTAC memaklumkan segala tindakan pembukaan operasi hanya tertakluk berdasarkan arahan semasa Kerajaan dan status kesihatan negara.