Artikel

ChulaCov19, Vaksin COVID-19 Thailand Dijangka Tersedia Menjelang Akhir Tahun Ini

Pertengahan Jun lalu, Thailand telah memulakan ujian pertama vaksin COVID-19 tempatan terhadap penduduk awamnya, ia dinamakan sebagai ChulaCov19 – iaitu vaksin RNA (mRNA) COVID-19.

Kini, pembekalan vaksin tersebut dijangka tersedia mulai akhir tahun ini atau pada awal tahun hadapan, 2022.

Wakil Kementerian Luar Thailand, Natapanu Nopakun memaklumkan pembangunan vaksin tersebut kini berasa di fasa ketiga dan ujian klinikal itu memaparkan kemajuan.

Untuk makluman, pembangunan ChulaCov19 ini dilaksanakan oleh pasukan penyelidik Universiti Chulalongkorn yang berkerjasama dengan pihak Universiti Pennsylvania Drew Weissman.

Sekiranya ketersediaan vaksin ini dapat dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan – ini akan menampilkan Thailand selaku negara ASEAN pertama menghasilkan vaksin COVID-19 sendiri.